ini adalah peringkat keempat pembinaan bodi hovercraft.
Untuk enjinnya pula, perancangan asal aku nak pakai enjin kancil 850cc yang dah ada dalam simpanan , tetapi enjintu dah tak boleh pakai, jadi aku order enjin lain iaitu asalnya enjin kancil 660cc tapi mekanik order enjin mira 660 cc. Aku kata tak pela, lebih kurang je!
Untuk dia punya skirt pulak aku dapatkan plastik khemah yang biasa digunakan untuk tutup lori. Tapi plastiknya agak keras sikit tapi kira okla! Sepatutnya kena cari yang jenis nilon tapi budget kurang, jadi pakai je la yang mana ada! Tukang jahit skirt pulak aku order oarang Terengganu, hahahaha! Aku panggil anak sedara aku yang kebetulan x de kerja dan dia pulak sememangnya tukang jahit! Untuk menjahitnya pulak kena pakai mesin jahit industri. Aku pun belila mesin jahit tu, kebetulan bini pun dah lama nak belajar menjahit. Dia mintak yang jenis biasa je tapi dah kebetulan aku nak buat projek ni, baik aje aku beli yang untuk industri terus!
Enjinnya ada kat bengkel kimpalan milik sepupu aku untuk dibuat tapak dan ubahsuai untuk dipasang kipas lori yang besar. Nak dapatkan propeler yang betul2 sesuai memang payah sebab de kat sini, kena order!Jadi aku pakai ajela kipas lori Hino yang besar.



.jpg)
.jpg)



