Seni itu hidup, sukar untuk dipisahkan dari kehidupan. Seni itu saling berpautan antara cabang-cabang kehidupan,sosial bahkan agama. Sesungguhnya seni itu adalah satu anugerah yang amat berharga yang diberikan oleh tuhan kepada kita. Ia adalah satu ilmu yang mengagungkan kebesaran tuhan bagi insan yang berfikir.

Ahad, 28 Mac 2010

Aku ni dah lama x berblog, sibuk sangat he! Mulai besok 29 Mac 2010, sempena tarikh lahir aku yang ke 37 ( dah tua pun he! ), aku start bukak aku punya bengkel airbrush kat Cherating. Mudah-mudahan berjaya Insyaallah! Dalam berani-berani takut, aku buka juga bengkel ni. Pelanggan aku pertama dah booking nak suruh aku customkan dia punya Vulcan. Dia ni bukan setakat nak suruh aku airbrushkan motor dia tapi serahkan 100% motor dia pada aku untuk transformkannya. Aku takut jugak pada mulanya sebab aku tak de pengalaman dalam custom bike ni, tapi nasib baik kawan pada sepupu aku kat Chendor dah ada bengkel custom kat situ. So, aku tak payah takutla, lagipun bengkel besi milik sepupu aku kat Cherating ( Kuzam engineering, dulu bengkel kimpalan Kuzam ) cukup peralatannya dalam segala hal berkait dengan besi & stainlees steel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan